Selasa, 7 Julai 2015

Kesan jika tubuh kita sering terdedah dengan cuaca panas serta cara mengatsinya

Kesan cuaca panas pada tubuh 

Cuaca panas memberi tekanan fizikal kepada tubuh manusia. 
• Kesan terhadap kesihatan boleh terjadi daripada tahap sederhana kepada yang boleh menyebabkan maut, contohnya akibat strok haba. 
• Keadaan panas terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan tidak 

Simptom penyakit kesan cuaca panas

• Sakit kepala 
• Keletihan 
• Lemah tumpuan
• Pening
• Lemah otot atau kekejangan
• Mual dan muntah

Kumpulan berisiko

• Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera dan polis
• Orang dewasa (berumur 40 tahun ke atas) mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding yang lebih muda
• Kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah
• Penghidap penyakit sistem pernafasan
• Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid


NOTA: Risiko bertambah jika mereka memakai pakaian tebal dan ketat yang menghalang haba keluar daripada penyejatan atau pengeringan peluh.


Cara elak penyakit ketika cuaca panas

• Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal anda lakukan. Jangan tunggu sehingga dahaga
• Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang ketika berpeluh (performance drink)
• Sejauh yang boleh, anda perlu berada di dalam rumah atau bangunan
• Hadkan aktiviti luar
• Kerap berehat
• Mandi atau guna kipas angin untuk menyejukkan tubuh
• Pakai pakaian ringan, berwarna terang dan longgar
• Pakai topi atau payung besar

Cara atasi masalah

• Tanggalkan pakaian ketat
• Letakkan kain basah dan sejuk pada badan
• Gunakan kipas untuk sejukkan badan
• Minum air setiap 15 minit
• Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal


Hasil carian imej untuk kesan cuaca panas


Sumber: Kementerian Kesihatan
sumber:metro
About www.suplementsaya.com

Saya Nur Aini Amran. Saya komited membantu anda memperbaiki kesihatan diri dan keluarga

You Might Also Like

0 comments:

Catat Ulasan