Selasa, 14 Julai 2015

6 Permainan yang menjimatkan wang ringgit untuk anak anda, tak perlu beli mahal-mahal jimat kos

Permainan yang menjimatkan wang ringgit untuk anak anda, tak perlu beli mahal-mahal jimat kos


Jika kita membuat pengiraan permainan anak yang kita beli dari mula lahir hinggalah berumur 6 hingga 7 tahun, wah tak terhitung banyaknya kan?? ade yang mahal murah, tak kurang pula yang mahal 3 hingga 4 hari main sudah hancur,patah, hilang, dan sebagainya. Jadi sebenarnya ada cara untuk kita menjimatkan kos membeli permaianan untuk anak kita ye. So setelah anda baca, anda boleh fikirkan macam-macam lagi selain dari yang apa yang telah saya senaraikan. Have fun....
  • Lampu suluh mini
Suruh anak kecil anda menyorok di bawah selimut. Kemudian pasangkan lampu suluh ke arah selimut. Beberapa saat kemudian tutup semula lampu suluh. Ulang beberapa kali. Si kecil pasti bergembira dan ketawa keseronokan bermain bermain dengan lampu suluh ini. Jangan terkejut, selain bermain mereka juga sebenarnya sedang belajar. Menutup dan membuka lampu suluh sebenarnya membantu perkembangan kemahiran motor anak dan mengajarnya perkataan baru seperti “buka”, “tutup”, “lampu”. Pastikan anda menggunakan lampu suluh bersaiz kecil dan selamat untuk anak.

Hasil carian imej untuk lampus suluh
  • Barang terbuang
Pemegang tisu gulung, kotak bijirin, perca kain, plastik bubble dan tisu boleh dijadikan bahan kreatif yang menarik seperti robot, orang mumia, teropong dan bermacam lagi. Daripada bahan-bahan tersebut dibuang ada juga manfaatnya diberikan kepada anak anda supaya terangsang kreativiti mereka. Dengan cara ini secara tak langsung kita dapat menghabiskan masa berkualiti dengan anak. Tapi jangan marah kalau rumah anda bersepah dengan bahan-bahan kreatif ciptaan anak anda.

Hasil carian imej untuk kotak terbuang

  • Buih sabun
Kanak-kanak memang suka memerhatikan perbuatan orang tua mereka. Mereka gemar meniru kelakuan ibu ayah membuat kerja rumah. Tugas membasuh pinggan mangkuk di sinki dapur antara yang paling dinantikan oleh si kecil. Beri peluang mereka basuh sendiri cawan dan pinggan plastik. Peluang bermain air dan buih sabun memberikan mereka kegembiraan mengalahkan bermain permainan video di telefon pintar kita.

Hasil carian imej untuk buih

  • Mangkuk dan senduk
Kanak-kanak memang suka pergi ke kawasan dapur terutama apabila ibu sibuk memasak di dapur. Agaknya mereka rasa di dapur ada banyak perkara yang boleh diteroka. Apa kata berikan sahaja si kecil bermain dengan sudu, sudip, mangkuk dan lain-lain lagi alatan yang selamat untuk mereka. Pasti si kecil khusyuk bermain meniru gaya ibu memasak dan yang pasti ibu juga mudah membereskan kerja.

  • Pakaian lama
Sesekali biarkan sahaja si kecil berimaginasi. Dengan memberikannya tudung, topi, kasut dan pakaian lama ibu dan ayah, alatan mekap ibu untuk anak perempuan, mereka boleh berangan untuk menjadi apa sahaja. Biarkan anak berseronok dan bereksperimen sepuasnya. Ia membantu kreativiti diri anak.


  • Ajar anak berkebun

Ajar mereka menyiram pokok, mencabut rumput-rumput di dalam pasu dan jangan lupa kenalkan mereka dengan daun pokok semalu yang unik, apabila sentuh ia akan mengecup, pasti anak anda suka dan teruja bertanya pelbagai soalan.

Hasil carian imej untuk pokok semalu

About www.suplementsaya.com

Saya Nur Aini Amran. Saya komited membantu anda memperbaiki kesihatan diri dan keluarga

You Might Also Like

0 comments:

Catat Ulasan