Rabu, 16 September 2015

Resepi dessert yogurt rasberry mudah, berkhasiat dan sedap

Resepi yogurt rasberry

Bahan-bahan:

300g yogurt asli
2 sudu besar gula
1 sudu besar gelatin
4 sudu besar air suam
170g fresh cream (if xde guna whipping cream or fresh milk)
3 sudu besar jem rasberry 
Strawberry jem mengikut citarasa
Madu mengikut citarasa

Cara nya:

1. Masukkan gelatin ke dalam air suam kacau hingga gelatin cair
2. Blend yogurt, gula, fresh cream, gelatin hingga sebati
3. Setelah siap masukkan dalam bekas cawan
4. Letak dalam peti 3-4 jam
5. Sebelum makan letak topping madu, paipkan strawberry jem dan letak rasberry paste di atas
6. Siapppppp!!!
7. Selamat mencuba





Read More

Sabtu, 5 September 2015

Punca kulit wanita kasar: ngeri apabila memandang cermin?

Punca kulit kasar


Tanpa kita sedari rupanya ada punca kulit kita menjadi kasar, maksud kasar itu ialah boleh dikategorikan sebagai berparut, kulit tak sekata dan berjerawat, bila pegang kulit tidak mulus dan halus.

Jadi punca kulit kita menjadi kasar adalah:

1. Rembesan minyak yang berlebihan terutama ketika usia remaja, tetapi bagi mereka yang mempunyai jenis kulit berminyak anda perlulah mencari set penjagaan kulit yang sesuai untuk kulit anda. boleh rujuk link ini  http://supplementsaya.blogspot.com/2015/07/set-ensufelle-khas-untuk-rawat-kulit.html

Hasil carian imej untuk rembesan minyak di muka


2. Masalah jerawat yang serius seperti jerawat batu, oh tidakkkkk, jika anda dikategorikan jenis muka berjerawat. Silalah dapatkan rawatan dan memakai set penjagaan muka yang sesuai, jika tidak muka anda seperti berkawah dan berparut, Memicit jerawat juga boleh mencederakan dermis kulit, ia meningglkan parut, liang roma menjadi besar dan menyebabkan kulit kasar

Hasil carian imej untuk kulit muka menggerutu

3. Pembersihan muka yang tidak sempurna menyebabkan liang roma tersumbat, muka perlu di bersihkan 3 kali sehari adalah yang paling baik iaitu bangun tidur, tengahari dan sebelum tidur.


Hasil carian imej untuk solekan tak bersih

4. Tidak membersihkan solekan dengan baik, pastikan anda membersihkan muka anda yang disolek dengan bahan yang boleh menanggalkan solekan. Jangan tidur tanpa membersihkan solekan terlebih dahulu.

Hasil carian imej untuk solekan tak bersih

5. Pemakanan tidak seimbang dan gaya hidup yang tidak sihat adalah salah satu punca kulit tidak sihat, sentiasalah banyak sayur dan buah-buahan dan kurangkan makanan yang berminyak untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik.

Hasil carian imej untuk sayur buah


Jom sama-sama menjaga kulit muka supaya sihat,cantik, segar dan lembut.

Dapatkan dari saya set kesihatan dan kecantikan untuk kulit anda.

Testimoni pengguna

Hasil carian imej untuk set vitamin cantik


Hasil carian imej untuk set vitamin cantik





Read More

Rabu, 26 Ogos 2015

Percakapan ibu dan ayah itu suatu doa: penyebab anak degil dan bermasalah

Apakah bahasa kurang baik yang digunakan kepada anak kita?

1) Bahasa melaknat

Contohnya, sumpah seranah, maki hamun, carutan menggunakan perkataan yang buruk.
Anak yang sering ditengking dan dimaki hamun biasanya sama ada menjadi seorang yang keras jiwanya dan rebellious, ataupun seorang yang kurang keyakinan diri. So bersihkan diri, bersihkan hati dari sifat mazmumah ini

Hasil carian imej untuk mengkritik anak

2) Bahasa menyindir

Contoh :
“Asyik mintak duit aje. kamu ingat ayah/ibu nie kerja cop duit?”, “kan dah jatuh. mata letak kat mana, kat lutut?”, Bahasa sebegini sangat merobek emosi. Hakikatnya, anak-anak tak faham bahasa sindiran. They won`t get the message. Lebih baik berterus-terang dan gunakan ayat yang jelas dan mudah difahami. Tak dinafikan budaya sindir menyindir sangat menebal dalam masyarakat kita. Tapi budaya sarcasm ini memang Allah larang.

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) menyindir dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang disindir itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan menyindir dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang disindir itu lebih baik daripada mereka.”
[al-Hujurāt 49: 11]

3) Bahasa berdusta atau menipu

Contoh : “Jangan nangis ya, nanti ibu belikan aiskrim….” (tapi akhirnya tak beli pun, cuma untuk memujuk supaya diam), “Jangan nakal-nakal, nanti polis tangkap.”
“Jangan main kat situ, ada hantu.”. Ayat-ayat di atas biasa diucapkan oleh masyarakat kita. Saya kira, hadis di bawah sangat baik untuk dijadikan panduan. Jangan berbohong kepada anak! Ia akan menghilangkan kepercayaan anak pada ibu bapa dan akhirnya meniru perbuatan tersebut.

“Pada suatu hari ketika Rasulullah SAW duduk di tengah-tengah kami, (tiba-tiba) ibuku memanggilku dengan mengatakan: ‘Hai kemari, aku akan beri kamu sesuatu!’ Rasulullah SAW mengatakan kepada ibuku: ‘Apa yang akan kamu berikan kepadanya?’ Ibuku menjawab: ‘Kurma.’ Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Ketahuilah, seandainya kamu tidak memberinya sesuatu maka ditulis bagimu kedustaan.”
(HR. Abu Dawud)

Ibu bapa perlu belajar untuk terangkan dan memujuk dengan lembut dalam bahasa yang mudah.

4) Bahasa menempelak

Contoh :“Padan muka.”, “Tue lah, tak nak dengar cakap ibu. kan dah luka. Lain kali buatlah lagi.”
Anak-anak tak dapat belajar apa-apa daripada ayat yang memancing emosi sebegini. Sepatutnya, beritahu saja apa kesilapan tersebut dan nasihatkan supaya tak mengulanginya.

5) Bahasa membandingkan

Contoh :“Cuba kamu tengok abang atau kakak, rajin tolong ibu di rumah. Tak macam kamu nie, asyik nak bermain saja.”, “Kenapalah kamu nie tak pandai macam adik. Asyik dapat nombor corot saja.”
Jangan bersikap pilih kasih terhadap anak-anak. 

Setiap anak ada kelebihan masing-masing. Perbuatan melebihkan atau menyayangi anak-anak tertentu hanya akan menjadikan anak-anak lain rasa rendah diri, tidak disayangi dan depressed. Hubungan antara anak-anak juga akan retak dan dalam banyak keadaan, sibling rivalry akan berterusan sekalipun setelah dewasa dan beranak-pinak. 

Hasil carian imej untuk mengkritik anak

6) Bahasa mengkritik atau membebel

Yang nie mungkin ramai ibu biasa buat, tapi ianya memang tak bagus untuk anak sebab tiada siapa suka dileteri. Kalau nak berikan arahan ataupun menegur, gunakan ayat yang ringkas dan mudah difahami. Fokus pada kebaikan yang mereka buat. Hakikatnya, anak yang sentiasa dikritik takkan maju ke depan, malah akan hilang keyakinan diri mereka.

7) Bahasa mengungkit

Contoh :“Kenapa result teruk macam nie? Buat penat je ayah/ibu hantar pergi tuisyen, belikan buku dan macam-macam. Tapi tak pandai-pandai juga..”

Kuncinya, ikhlaskan dab bersihkan hati dan banyakkan bersabar dalam mendidik anak-anak.

Hasil carian imej untuk mengkritik anak

8) Bahasa menggugut

Contoh : “Kalau lepas main tak nak kemas, ayah/ibu buang semua mainan.”, “Kalau tak berhenti menangis, ayah/ibu tinggal.”, “Kalau tak nak dengar cakap, ayah/ibu pukul.” Jangan ugut atau menakut-nakutkan anak.

Anak-anak memang perlu diajar tentang akibat sesuatu perbuatan, tapi bukan dengan mengugut. Sebab itu, ibu bapa perlu tetapkan peraturan di rumah beserta denda jika ia dilanggar, dan ini diterangkan kepada anak-anak. Yang penting, kena konsisten, tegas (bukan garang) dan hukumannya juga perlu berpatutan. Anak-anak akan mudah faham akibat perbuatan mereka serta jadi lebih berdisiplin. Penggunaan STAR CHART juga sangat bagus untuk mendisiplinkan dan motivasikan anak berbuat baik.

9) Bahasa menuduh

Contoh : “Macam mana barang boleh hilang? Nie mesti kamu yang cuai bermain sampai tercicir.”
“Kenapa adik menangis nie? Abang/kakak buat ya?” Sebaiknya siasat dulu untuk tahu keadaan sebenar, dan berikan anak peluang untuk menerangkan hingga habis. Itu memberikan mereka keyakinan dan keberanian untuk berterus-terang dan mengaku kesalahan (jika bersalah) dengan jujur.

Hasil carian imej untuk menuduh

10) Bahasa bisu

Dengan mendiamkan diri tak akan membantu anak untuk membetulkan kesalahan mereka. Bahkan akan membuatkan mereka rasa lebih tidak disayangi serta menjauhkan diri. Parenting sememangnya sangat mencabar dan memerlukan kekuatan mental emosi yang tinggi. Ia juga satu perjuangan yang panjang dan melelahkan. Tapi tiada yang lebih manis apabila anak yang kita didik dan asuh itu membesar menjadi manusia yang baik dan bermanfaat kepada orang lain, serta menjadi pemimpin kepada lingkungan masing-masing.


Semoga bermanfaat kepada kita semua, baiki lah diri untuk jadi contoh atau role model kepada anak-anak kita.

Pantun daripada saya;

Pergi ke kedai beli benang
Benang di beli di kedai joyah
Hati bersih jiwa tenang
Doa dan usaha jangan goyah


Read More

Selasa, 25 Ogos 2015

Sistem pemenggalan waktu yang masih ramai lagi keliru

Sistem Pemenggalan Waktu

(Sumber DBP)

1  Tengah hari - dari pukul 12.00 hingga 1.59

2  Petang -dari pukul 2.00 hingga 6.59

3  Malam - dari pukul 7.00 hingga 11.59

4  Tengah malam - dari pukul 12.00 hingga 12.59

5  Pagi - dari pukul 1.00 hingga 11.59

Diharap semua warga pendidikan yang menyediakan buku program, kertas kerja, laporan, surat, tentatif atur cara majlis, minit mesyuarat, penulisan RPH dan dokumen-dokumen lain dapat menggunakan sistem pemenggalan waktu ini dengan betul.

'Biasakan yang betul, betulkan yang biasa'

Sumber dari:

ABDUL RAHMAN JURI
Munsyi DBP


Hasil carian imej untuk waktu
Read More

Pemusnah sel kanser yang wajib diketahui oleh semua

Pemusnah Sel Kanser 

Ikhtiar dan usaha itu penting, selebihnya kita serahkan kepada Allah S.W.T.


1. Lemon panas membunuh sel kanser.

2. 2-3 hirisan lemon dicelupkan dalam 1 gelas air panas, boleh menjadi air alkaline.

3. Bermanfaat bagi tubuh, diminum tiap hari sangat bermanfaat bagi siapa sahaja.

4. Air lemon yang panas akan menghasilkan sejenis zat anti kanser yang terasa pahit, menjadi ubat kanser yang ampuh dalam perubatan moden.

5. Air lemon dingin hanya mengandungi vitamin C.

6. Ibarat tomato, harus dimasak terlebih dahulu baru boleh muncul Lycopene yang bermanfaat.

7. Air lemon panas terbukti boleh menekan pembengkakan dan tumor dan boleh bantu atasi segala jenis tumor.

8. Lemon Extract boleh melemahkan sel kanser ganas tapi tidak merosak sel normal.

9. Citric Acid dan C Polifenol yang terdapat dalam juice lemon boleh menyesuaikan tekanan darah dan mencegah penyumbatan saluran darah, menyesuaikan sirkulasi darah, mengurangi penggumpalan
darah.

Boleh amalkan dari sekarang
Sharing is caring



Hasil carian imej untuk lemon


Read More

Ahad, 23 Ogos 2015

8 tips untuk elakkan virus dan bakteria dari menyerang anak kita

8 tips untuk elakkan virus dan bakteria dari menyerang anak kita

Assalamualaikum, salam manis pembuka bicara.

Dah lama saya tak update entry dan berkongsi info-info yang bermanfaat, maklumlah akhir-akhir ini sibuk dengan tugasan pembelajaran abad 21, semua pakat dan mengajar dalam ICT untuk memudahkan pelajar faham, sebab ada pelajar yang bagus dalam visual, ada yang bagus dalam audio dan lain-lain, so semua cikgu kena blend supaya pelajar dapat menggunakan kekuatan diorang tu. haishhh dah melalut ke lain pulak.

Ok, so kita fokus pada entry hari ini iaitu boleh kan penyakit dielakkan dari anak-anak kita, dalam erti kata lain boleh kah kita elakkan virus dan bakteria dari menyerang anak-anak kita, sekali lagi di ingatkan kita bukan tuhan, jika Allah nak bagi sakit (kun fa ya kun) akan kena juga tapi sebagai manusia kita disuruh usaha dan tawakkal (doa) kan?

8 tips berikut ialah:

1. Minum air (plain water)

Biasakan anak kita supaya minum air masak setiap hari, bukan biasakan anak minum air manis, bayangkan keadaan cuaca sekarang yang tidak menentu jadi kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan anak kita terhidrasi sekaligus boleh menyumbang kepada sakit tekak dan demam. Pastikan diorang minum air suhu bilik, bukan air sejuk yang boleh menyumbang kepada batuk. Paling terbaik bagilah air yang bertapis kerana air yang tidak bertapis juga boleh menyumbang kepada bakteria atau bahan-bahan yang merbahaya seperti merkuri, klorin dan sebagainya. ingat, air yang bersih membantu mengelakkan penyakit.

Hasil carian imej untuk plain water

2. Galakkan anak makan sayur dan buah

Beri galakkan kepada anak supaya makan makanan berkhasiat seperti sayur dan buah-buahan yang kaya dengan serat, vitamin dan mineral. sayur dan buah dapat mengelakkan anak anda dari masalah sembelit selain membekalkan vitamin dan mineral yang baik untuk badan. Biasakan pemakanan sayur dan buah kepada anak kita sejak mereka kecil.

Hasil carian imej untuk sayur buah

3. Memberi makanan tambahan

Makanan tambahan amat penting kepada anak-anak kerana kadang-kadang kita pun tidak pasti adakah pada setiap hari cukup atau tidak keperluan nutrien yang diberikan kepada anak kita, betul tak? kekurangan nutrisi yang sihat dan mencukupi untuk anak anda boleh menyebabkan anak anda diserang penyakit. Jadi pastikan anda mencari makanan tambahan atau suplemen yang natural dan selamat untuk mereka.

Hasil carian imej untuk vitamin c dan vita lea kanak kanak

4. Elakkan dari keluar berjalan ke tempat-tempat yang boleh mengundang penyakit

Jika anda mempunyai anak yang masih kecil elakkan atau kurangkan membawa mereka ke tempat yang ramai orang seperti pusat membeli belah yang sangat sesak, pasar malam, ekspo ekspo yang penuh dengan manusia, taman tema air apa jua tempat yang boleh mengundang virus dan bakteria, saya yakin semua orang tahu tentang perkara ini, tempat yang ramai orang adalah tempat yang sangat mudah virus dan bakteria disebarkan, so berhati-hati dan kurangkan pergi ke tempat ini, virus selesema dan batuk serta demam adalah penyakit yang paling mudah berjangkit.

Hasil carian imej untuk ekspo

5. Basuh tangan setelah balik dari taska atau tadika

Apabila anak anda balik dari taska atau tadika pastikan mereka di biasakan untuk mencuci tangan dan kaki dengan sabun anti bakteria, ini adalah ikhtiar kita untuk pastikan mereka sentiasa bersih. Jadikan ia sebagai habit yang baik. Ajar anak anda basuh tangan dengan cara yang betul, serta terangkan kelebihan membasuh tangan kepada mereka.

Hasil carian imej untuk basuh tangan

6. Sentiasa amalkan menjaga kebersihan diri dan sekitar rumah

Sentiasa mengingatkan anak supaya menjaga kebersihan diri seperti mandi dan gosok diri, ajar mereka semua aspek kebersihan seperti buang sampah tong sampah, basuh tangan sebelum makan dan sebaginya. ibu bapa perlu memastikan persekitaran rumah anda bersih untuk mengelakkan daripada serangga lalat, nyamuk dan tikus, tunjukkan contoh teladan yang baik kepada anak-anak supaya mereka juga menjaga kebersihan bukan sahaja di rumah tapi di mana sahaja.

Hasil carian imej untuk kebersihan rumah

7. Masak makanan yang berkhasiat

Sentiasa masak makanan yang berkhasiat untuk anak anda, kurangkan makanan fast food dan instant yang mana boleh mengundang kepada obesiti dan tidak berkhasiat, elakkan juga penggunaan perisa makanan ketika memasak. kurangkan juga pembelian makanan di gerai atau restoran yang kita tidak pasti kebersihannya, jika tersalah beli boleh mengundang cirit-birit dan keracunan makanan terutama kepada anak-anak kita. Jadi berusahalah untuk masak setiap hari walaupun kita sibuk dengan pelbagai kerja. Bak kata chef Ammar "Masak dengan hati, dengan dengan Iman".

Hasil carian imej untuk masak makanan

8. Tawakkal dan doa

Setelah usaha kita tawakkal dan doa ye sahabat-sahabat, semoga segala usaha kita diberkati, yakin Allah jua yang memberi penyakit dan menyembuhkannya.

Hasil carian imej untuk doa



Read More