Selasa, 21 Mac 2017

Penyakit alzheimer sukar fokus dan sukar mengingat

Bila terlalu banyak sangat radikal bebas dalam kehidupan kita ia akan menjadikan otak kita mengalami oxidative stress sekaligus menggalakkan berlakunya penuaan otak dan penyakit penyakit neurodegeneration seperti alzheimer, masalah kognitif misalnya sukar mengigat, sukar fokus dan sebagainya. Seramkan?😰

Ape ke bende Oxidative Stress ni???

Kerosakan dalam sel, jaringan atau organ tubuh yang disebabkan oleh radikal bebas.

Apa pulak Radikal Bebas???

Radikal bebas adalah molekul yang sangat aktif merampas elektron dari sel-sel tubuh. Molekul radikal bebas ini dapat merosakan sel-sel tubuh dan berperanan penting terhadap timbulnya berbagai penyakit dan gangguan kesihatan. 

Bila tubuh kita terus menerus terkena radikal bebas dari sumber external (dari luar tubuh) seperti sinar matahari, radiasi, pencemaran dan toksin (racun), ia sebenarnya menyumbang berbagai penyakit.

Vivix membantu dalam menangani isu isu neurodegeneration kerana vivix mempunyai kandungan antioksidan, polifenol dan resvestrol yang berfungsi untuk melawan kerosakan sel akibat radikal bebas

Antioksidan dapat menjinakkan radikal bebas yang aktif dengan cara menyediakan pasangan elektron terluar atom radikal bebas sehingga molekul tersebut menjadi stabil. 

Jadi kita wajib amalkan Vivix sebelum usia menjadi lebih tua. Tua dengan cara sihat

Info dan order

60136288543




Read More

Khamis, 16 Mac 2017

Kenapa shaklee tiada stokis

Kenapa Shaklee Takde STOKIS?

Bila kawan2 nampak kami makin maju dalam Shaklee, sokmo2 diorg bagi nasihat "ko takmo bukak stokis ke?". Manakan tidak. Banyak je syarikat direct selling yg tumbuh mcm cendawan lepas hujan di Malaysia ni ada stokis.

siap galakkan pengedar2nya jadi stokis terus.

bila ada stokis ni, apa yg biasanya kita dengar? antara stokis mula mainkan harga. kalau syarikat dah tetapkan harga RM10, stokis ni relax je turunkan ke RM8.

akibatnya, pengedar kecil-kecilan terpaksa tanggung rugi. sbb ye lah, diorg ambik drpd stokis lain (yg harganya takde discount). alih2 stokis lain selamba je pancung.

lebih dahsyat, kalau report ke syarikat induk, mereka tak buat apa-apa pun. siap respon "itu strategi stokis masing2". sbb drpd syarikat sampai lah ke stokis, masing2 nak untung cepat. bukan nak bangunkan bisnes yg build to last.

Shaklee mmg takde stokis. Kaya mcm mana pun, takkan dapat lesen stokis drpd Shaklee. kalau korg dgr ada stokis mana2 tu, illegal punya tu. sila report. tp jgn la branch Shaklee pun korg cop stokis illegal. dah hafal kan senarai branch shaklee?

Shaklee bukan saja takde stokis, tapi sangat2 menjaga supaya takde pengedar2 yg main-mainkan harga. buktinya, berapa banyak yg dah rank Master pun kena terminate sbb buat kerja gila ni. malah shaklee siap terang2 declare,

"jual harga retail kepada yg bukan ahli. harga ahli hanya untuk yg dah jadi ahli sahaja".

Mana ada syarikat lain mcm ni punya strict?

prinsipnya mudah. supaya, semua orang memiliki peluang yg sama. takde lah hanya sebab kami dah master; mentang2 bonus dah banyak sampai boleh borong satu branch Shaklee, lepas tu suka suki je jual vita-c RM1 sebotol.

sbb tu best buat biz Shaklee ni.

Prinsip Shaklee Build to Last, bukan asalkan sales masuk cepat. jadi kita semua memiliki peluang yg sama. kalau orang lain boleh berjaya, kita dah takde alasan kenapa tak jadi mcm mereka.

setuju?
Read More

Selasa, 14 Mac 2017

Vivix dan kanser

Kanser adalah penyakit yang semakin berleluasa pada zaman moden ini. Statistik sekarang sehingga 2016, kira-kira 100,000 rakyat Malaysia menghidap penyakit kanser setiap tahun dan kaum wanita merupakan yang paling ramai mengalami penyakit tersebut

-sumber Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya-

Antara berpuluh jenis kanser, lima kanser utama yang menyerang rakyat di negara ini adalah kanser payudara iaitu 14.5 peratus, kanser usus 12.1 peratus, kanser paru-paru 11.8 peratus, kanser pangkal rahim 5.7 peratus dan kanser kerongkong 5.4 peratus.

Bayangkan diri kita jika di serang kanser, akibat kecuaian kita tidak menjaga kesihatan secara menyeluruh.

Dari manakan datangnya kanser ini?
Bagaimana ia boleh mengganas sehingga membawa maut?

Kanser juga sering disebut sebagai silent killer, pembunuh dalam senyap. Kenapa?

Selalunya pesakit kanser mula sedar tentang kanser apabila sudah memasuki Peringkat ke 3-4, dimana organ tubuh telah rosak akibat sel kanser.


Di ambil dari Persatuan Kanser Malaysia yang telah ditubuhkan pada tahun 1966, berikut merupakan 10 tanda-tanda yang menunjukkan anda mungkin menghidap kanser:

1. Perubahan dalam ‘corak’ pembuangan air besar atau buang air kecil yang berterusan dalam jangka masa 2-3 bulan.
2. Pendarahan yang luar biasa atau terdapat lelehan daripada mana-mana bahagian badan.
3. Terdapat ketulan yang tumbuh secara tiba-tiba dan tidak hilang diikuti dengan sakit.
4. Sakit yang berterusan dan ketidakselesaan pada bahagian abdomen.
5. Perubahan pada tompok kulit, ketuat/kutil atau tahi lalat.
6. Luka atau bisul yang tidak sembuh, bertukar warna, berdarah atau ulser.
7. Pendarahan luar biasa dari hidung, pekak atau bunyi deringan di dalam telinga.
8. Senak atau kesukaran bernafas.
9. Suara menjadi serak atau batuk melebihi 2 minggu terutama pada mereka yang tidak merokok. Batuk penghisap rokok yang bertambah teruk.
10. Rasa letih sentiasa dan/atau kehilangan berat badan yang mendadak (10% atau lebih) dalam masa 3-6 bulan.

Kanser ini secara amnya adalah penyakit di mana sel dalam badan kita tumbuh secara ABNORMAL, dan berpotensi MEREBAK ke tempat lain.

Kalau sel normal dia akan membahagi macam biasa. Sampai satu tahap kalau sel tersebut dah mencukupi dia akan stop membahagi.

Macam sel kulit. Setiap hari akan ada kulit mati, dan akan ada sel baru tumbuh. Bila dah cukup, otak bagi signal untuk dia stop membahagi dulu.

Tunggu sel lain mati, dia buat pembahagian sel semula nak hasilkan sel kulit baru.

Macam mana kanser terjadi?

Bila badan kita terdedah pada radikal2 bebas di sekeliling, ada potensi DNA dalam sel kita rosak. Bila DNA rosak, sel tu akan jadi abnormal. Mutated. bahasa senangnya CACAT.

Apa itu radikal bebas?

Dari mana datang radikal bebas?

Secara ringkasnya semasa proses metabolism dalam tubuh kita, akan sentiasa ada free radicals yang terbentuk. Free radicals juga datang dari pencemaran, racun serangga dari sayur dan buah kita, makeup dan toiletries, radiasi dari gadjet kita. Free radicals inilah yang memberikan oxidative damage pada sel sel tubuh. 

Kita jadi selalu selsema/demam/kulit kusam/aging/sakit –>yang paling digeruni adalah terhasilnya sel kanser dari sel yang rosak tadi.

Tapi Subhanallah tubuh kita dilengkapi dengan system check and balance yang rapi. Maksudnya sebarang kerosakan disebabkan oleh free radicals tersebut akan dibaiki kembali oleh tubuh.

Untuk sel yang CACAT, badan kita ada sistem supaya sel CACAT ni bunuh diri sendiri melalui proses apoptosis.

Jadi semua sel CACAT, akan “bunuh diri”, supaya sel CACAT tu tak membahagi dah. Dia stop takat tu ja dan mati.

Sel kanser ni ibarat sel cacat yg degil. Nak hidup jugak menyusahkan orang lain

Dahlah cacat, pastu jahat

So sel CACAT yang JAHAT ni tadi, dia tak bunuh diri, tapi makin beranak pinak pulak

Jadilah kanser.

Dalam kata lain, bila berlaku mutasi, sel rosak ni dia tak bunuh diri

Dia membahagi juga, berkembang biak, jadilah sel kanser

Vivix Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol dan resveratrol. Vivix mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol.

Di antara fungsi Vivix ini?

–Memperbaiki DNA. Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas, toksin) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.

–Memperbaiki tenaga sel. Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan (stress, diet tidak sihat)semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh sehingga peringkat telomere (kromosom)

 


Info dan order
www.wasap.my/60136288543

#tsunamishaklee

Read More

Ahad, 12 Mac 2017

Menguatkan sistem imun badan dengan Nutriferon, melawan kanser dan tumor serta melindungi daripada influenza

Penemuan terhebat dalam bidang immunologi 

Interferon buat julung kalinya ditemui oleh Dr Yasuhiko Kojima dari University Tokyo pada tahun 1954. Selepas membuat kajian selama 40 tahun dan semakan semula beribu-ribu jenis sebatian dan lebih 200 jenis herba yang berlainan. Dr Kojima telah berjaya membangunkan satu-satunya interferon semulajadi di dunia (Nutriferon). Dia  telah berjaya menetapkan bahawa ekstrak dari 4 tumbuhan, iaitu biji labu, bungga safflower, honeysuckle Jepun dan biji plantago mempunyai daya kebolehan mendorong pengeluaran semulajadi interferon tubuh.



Dr Kojima

Formula yang digunakan adalah selamat, semulajadi, tulen dan berkesan. Ianya diiktiraf sebagai penemuan terhebat dalambidang Immunologi. Formula nutriferon ini telah di paten oleh shaklee dan tidak dijual di mana-mana kedai.

Di dalam bidang perubatan suntikan interferon banyak digunakan untuk merawat penyakit hepatitis, kanser, penyakit anjing gilaherpes dan HIV. 

Nutriferon 

Kandungan Nutriferon

Biji Labu: merangsang pengeluaran interferon semulajadi di dalam badan dan menentang radikal bebas dan faktor penyebab kanser

Biji Plantago: mengandungi polisakarida yang mengaktifkan sel-sel imun

Honeysuckle Jepun: menentang pencerobohan virus dan kuman

Bunga Safflower: menghasil dan memperkuatkan keupayaan makrofaj memusnahkan virus dan kuman


Mana datang nya virus, kuman dan Mikrob?

Kita terdedah dengan beribu mikrob melalui pernafasan, sentuhan, objek, makanan dan persekitaran. Kuman dan mikrob menyerang kita pada sesuatu masa terutama jika tubuh kekurangan interferon, keletihan, stress, flu, batuk, alergi, asthma, ekzema dan lain-lain.



Kita terdedah dengan bahaya setiap hari

Manfaat nutriferon

1. Mengukuhkan sistem imun dam masa 3 hari: Hebatkan?

2. Melawan kanser dan tumor: mengurangkan ketidakselesaan pada waktu rawatan kemoterapi

3. Melindungi daripada influenza: terutama selesema dan elergi

4. Meringankan stress dan kelesuan

5. Melambatkan penuaan: melawan radikal bebas, virus dan kuman jadi sel-sel akan menjadi lebih sihat

6. Mengurangkan infeksi pesakit Hepatitis B dan C

7. Mempertingkatkan menopaus: kitaran darah, kolestrol tinggi dan hypertensi atau masalah lain berkaitan menopaus akan menjadi lebih baik

8. Mempertingkatkan PMS: mengurangkan simptom kejang waktu haid, sakit belakang, sakit payudara, masalah jerawat, kegelisahan dan mood swing serta insomnia


  • Untuk memelihara kesihatan cara pengambilan 1 paket sehari
  • Sewaktu merawat influenza dan kanser 2-3 paket sehari diambil bersama vitamin c


Info dan order product
0136288543 (aini amran)





Read More

Sabtu, 11 Mac 2017

Korea aku datang!!

Salam manis pembuka bicara

Salam dari korea




Udon ni sangat sedap, (kat airport)  makan sebelum bertolak balik ke Malaysia


Bibimbap


Tomyam korea


Healthy betul makanan orang korea ni

Read More

Tempat percutian menarik di Singapura



Salam manis pembuka bicara

Entry kali ini kita menjengah ke negara Kota Singa, iaitu singapura, sebuah pulau yang terletak di hujung semenanjung malaysia, dekat dengan negeri JDT.

Disebabkan saya pernah menetap di Johor selama lebih kurang 5-6 tahun, Jadi rugi kan jika tidak menyinggah ke Singapura.

Selalunya bila ke singapura saya dan family tidak membawa kereta, kami lebih suka naik cab (teksi) bermeter berbanding kereta sendiri. Pastikan anda bawa wang saku yang lebih, maklumlah mata wang Singapore menggunakan Dolar.

Negara singapura boleh dikatakan bersih, makanan halal pun tiada masalah, cuma saya selalu standby botol kecil air mineral, al-maklumlah bila masuk certain tandas hanya ada tisu sahaja. 



Di antara tempat yang korang semua boleh lawati:



1. Zoo singapura

Zoo Singapura di antara zoo terbaik yang pernah saya masuk, kerana tiada bau yang tidak menyenangkan, zoo pun bersih dan terjaga rapi, jika korang bernasib baik dapatlan menonton pelbagai aksi haiwan, waktu kami pergi, kami sempat melihat pertunjukan (show) aksi-aksi gajah. 

Jika korang ke zoo jangan lepaskan peluang melihat panda, siap ada nama lagi panda Singapura ni kai kai dengan jia jia (lupa pula mana satu betina dan jantan)



Tu pun pandanya menyelit dekat pokok buluh 



Anak saya bersemangat nak tengok panda

Cute kan?



Di antara haiwan yang menarik di zoo Singapura



2. Menaiki cable car




3. Universal Studio Singapore (USS)

Jika ke Singapura, tempat yang wajib korang pergi adalah USS, memang menarik dan tertarik sangat universal studionya. Paling best Transformer, The Mummy, Battlestar Galactica, Water World, Madacascar, Jurassic Park, The Lost world. memang best sangat!!
Banyak lagi tau, saya senaraikan favourite saya sahaja.



Bersih kan? waktu ni tercari cari juga sampah tapi memang tak jumpa



Tempat ni anak saya paling suka. Sampai tak mahu balik.



Gambar kenangan di USS



Semoga sharing ini memberi manfaat kepada semua.

Salam musafir di angin lalu


Aini
0136288543
(Shaklee Independent Distributor Negeri Sembilan)





Read More

Tempat percutian menarik di Kepulauan Batam Riau

Salam manis pembuka bicara


Di sini saya ingin kongsikan percutian menarik ke Batam yang terletak di kepulauan Riau Indonesia.

Kami bertolak ke Batam dengan menaiki feri di jeti Tanjung Belungkor Penggerang Johor, sebenarnya ada beberapa tempat dari Malaysia dan Singapura untuk ke Batam.

Sebagainya contoh korang boleh naik feri dari Stulang laut dan Johor Port, tetapi Stulang dan Johor Port ni amatlah sesak sangat dengan manusia. So saya memilih naik feri dari Tanjung Belungkor, memang recomended sebab tak perlu bersesak- sesak macam sardin, memang santai sangat ikut jeti Belungkor ni, orang tak ramai, tempat parking pun tiada masalah.



    Bersedia untuk bertolak


 Feri pun best tak sesak, boleh duduk di mana sahaja



Tanjung Belungkor yang lenggang dan tidak sesak, belakang tu adalah ferinya


Nama feri yang kami naik dari Tanjung Belungkor adalah Mutiara Mas syarikat Sungai Rezeki, Feri ini pun sangat okey dan rasa selamat lah sepanjang di laut itu, perjalanan dari Tanjung Belungkor ke Batam mengambil masa 45 minit sahaja, so sempat juga lah kami anak beranak tidur lena sepanjang di dalam feri, anak-anak pun excited naik feri, first time la katakan.

So bila sampai ke pelabuhan Batam kami memang dah bayar seorang pemandu pelancong, Nama nya Rizal, bagus sangat orangnya, sangatlah berpuas hati. Dia membawa kami ke Hotel yang tidak asing lagi iaitu Hotel Pacific Palace. Paling menarik hotel ni adalah kerana Hotel nya berbentuk kapal Titanic, sangat unik. Sebenarnya banyak hotel di Batam ni, cuma kami memilih yang lebih selesa untuk sekeluarga.


Hotel Pasific Palace bentuk kapal Titanic (menarik sangat), nampak tak bentuk kapal di belakang tu?


Oh terlupa pula, saya bersama family di Batam selama 3 hari sahaja.


Sampai akhir nya di Batam



Unik sebab diorang print guna printer di motorsikal (guna kuasa bateri motor), Diorang ini ambil gambar sangat profesional dan cantik serta murah bangat


Di antara tempat menarik yang kami pergi ialah:



Ala ala Danga Bay, Johor


Hari pertama

- Shopping (Nogoya Hill) cuci mata sahaja sebab tempat ni sangat lah mahal dan sesak

- Melawat rumah mini yang terdapat di Indonesia (tengok juga kapal Laksamana Cheng Ho)

- Jalan-jalan di Ocarina Park


Minum kopi di Fatmawati (best sangat sebab tempat ini di atas laut ada menara sambil menikmati kopi KAWWWW) - di dalam Ocarina Park



Rasa pisang cheese ni sangat berbeza dengan di Malaysia, memang lain  dan sedap!!, kopi nye sedap bangat


Hari kedua

- Perkampungan Vietnam (sambil tengok rusa dan bagi makan monyet jinak)

- Jambatan Balerang (BJ Habibi)

- Shopping (tempat murah DC mall)



Jambatan balerang yang wajib dijejaki
Bak kata orang sana jika datang batam tapi tidak pergi jambatan ni maksudnya belum cukup syarat hihi


Hari ketiga

- Shopping (tempat murah New Erika)

Shopping lah sebab murah walaupun gred barang bukan original pun tapi kualiti tau, siap beli Tab samsung lagi tau (tapi jika korang nak beli handphone dan sebagainya, perlu juga berhati-hati jangan tertipu pulak)


New Erika
Tempat shopping yang agak ok dan murah


Makanan dekat Batam ni memang Halal tapi korang perlu juga berjaga-jaga sebab walaupun orang yang jual macam orang Islam tapi bukan semua kedai ada tanda halal ye dan patut syariah. Sebab di Batam ni khinzir pun ada juga dijual di gerai gerai tepi jalan.


Diantara tempat makan yang best ialah:

Selero bersamo (nasi padang) rule makan nasi padang ni kene ingat jangan sentuh semua pinggan yang penuh dengan makanan tu tau, nati tak pasai-pasai kene charge (bayar), so korang makan yang berkenan je ye, walaupun rambang mata nak rasa semua benda. Ingat tuuuuu...


Nasi padang



Acia ikan bakar



Dapoer ikan bakar


Sekian percutian best di Batam yang terletak di antara Malaysia, Indonesia dan Singapura



Round round Batam






 Round round Batam



Akhir kata, selamat bercuti ye, semoga sharing kali ini mendapat manfaat untuk semua.

Info: Batam menggunakan mata wang Rupiah


Salam musafir di angin lalu

Aini
0136288543
(Shaklee Independent Distributor Negeri Sembilan)

Read More

Tempat percutian menarik di Bintulu, Miri dan Brunei

Salam manis pembuka bicara

Baru baru ini sempena cuti sekolah saya bersama keluarga ke Bintulu, kebetulan di sana ada majlis sepupu berkahwin, jadi sambil menghadiri majlis tersebut, sambil makan angin di sana. Saya juga bernasib baik kerana adik ipar saya juga menetap di Bintulu, jadi pergerakan kami lebih mudah dengan menaiki kereta.

Setelah sampai di Airport Bintulu, kami ke majlis perkahwinan, setelah itu pengembaraan kami bermula BINTULU - MIRI - BRUNEI


Sepupuku, tahniah Yana


Di Airport, mujur si kecil behave 

Di bintulu kami sekeluarga singgah di sebuah pantai iaitu Pantai Tanjung Batu sambil menikmati keindahan alam



Kemudian kami bertolak ke Miri, kami sekeluarga tidur bermalam di sana, sebelum ke Brunei keesokkan paginya. 


Di antara tempat menarik di Miri di antaranya Gua Niah dan Borneo Tropical Rainforest


1. Gua Niah

2. Borneo Tropical Rainforest Resort

Bagi yang ingin merasai udara yang segar, ingin melihat kehijauan alam yang masih belum tercemar, boleh lah menyinggah ke tempat ni. Makanan yang dihidangkan pun sangat segar dan sedap serta lain dari biasa.

Pakej yang ditawarkan juga agak berbaloi. Boleh google pakej terbaru yang resort ini tawarkan.



Waterpark di sini agak menarik


Cantikkan?


Rezeki sebab makanan dihantar special ke bilik


1st class hidangan di sini


Ready untuk aktiviti pertama tour di Tropical Rainforest


Ikan di sini talapia dan patin


Hijau sangat, segar!!


Waterpark dikelilingi hutan


View paling best sebab boleh kenal macam-macam jenis kayu


Bertolak balik


Terbaik resort ni


Datang sarawak wajib makan mee kolok di MADLI"S restoran

Jangan lupa juga singgah di Restoran Muara untuk merasai lalapan yang sedap

Bintulu ke Miri : 2 jam menaiki kenderaan

Miri ke Brunei : 2 jam menaiki kenderaan


Alang-alang ke Bintulu dan Miri kita singgah sekali ke Brunei. Perkara yang paling di sini ialah semua papan tanda ada tulisan jawi. Brunei juga jauh dari kesesakan dan kesibukan kota. Patut lah Negara Brunei ni dikenali dengan 'quit dan peacefull city'. 



Ke kampung Ayer naik boat


Nampak tak batu tu? kapal Si Tanggang yang di sumpah oleh ibunya dek kerana derhaka tidak mengaku ibu sendiri


Telan air liur tengok harga minyak di Brunei ni tau


Dapat juga makan Jollibee ni


Bukan semua negara ada Jollibee ni, yang saya tahu di Brunei, Filipina


Dulu saya pengguna body shop, sekarang pengguna tegar nutriwhite 
tulisan jawi tu memang winn..


Tulisan jawi


Tulisan Jawi

  
Tulisan Jawi


Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin
kubah daripada emas


Kubah emas


Semoga bermanfaat 

Salam musafir di angin lalu

Aini

0136288543
(Shaklee Independent Distributor)
















Read More