Isnin, 4 Disember 2017

Part 2: Barang keperluan sekeluarga, check list supaya tidak tertinggal, penting sangat list umrah ni untuk memudahkan urusan kita disana nanti

Senarai barang keperluan ini hanya berdasarkan pengalaman saya semasa mengerjakan umrah dan ziarah bersama keluarga. Di antara barang keperluan yang kami bawa ialah:

Senarai barang keperluan umrah sekeluarga

1. Penyepit baju (kayu) - dua pack, standby supaya dapat juga basuh baju baju yang penting. Saya bawa sebab sampai di Mekah saya tidak guna perkhidmatan dobi tapi sidai baju anak-anak di roof hotel. Kami di mekah agak lama berbanding madinah. Jadi banyak baju yang diperlukan. Mujur hotel kami di mekah ada tempat menyidai pakaian
2. Hanger - 10 hanger, penting sangat sebab hotel kami hotel yang biasa sahaja apabila sampai di mekah jngeadi perlu ha
3. Tali rafia - sikit sahaja, (saya standby bawa sebab nak menyidai kain, maklumlah baju recycle kan )
4. Sabun basuh beli yang pack sederhana sahaja
5. Ubat gigi, berus gigi, pencuci muka - yang kecil sahaja
6. Sabun mandi dan syampoo - botol kecil shaja
7. Lotion tangan saya guna lotion shaklee baby 
8. Pelembap muka, bibir sebab di sana sejuk dan kering
9. Spray untuk berwudhuk berguna juga waktu orang beratur panjang semasa mengambil wudhuk
10. Botol air penting untuk refill air zam zam - 2 botol elakkan guna botol air mineral 
11. Selipar dan sandle - satu sahaja
12. Sarung tangan hand sock
13. Stokin untuk solat standby lebih sikit - 2 stokin
14. Sarung kaki - 2 sarung kaki khas tawaf
15. Masking tape dan wraping yang nipis sahaja - saya wrap beg
16. Minyak angin, panadol, ubat demam, batuk, selesema, cool fever, balm (standby semua, walaupun hospital 24 hours dan free sahaja di sana tapi memang penting) barangan di farmasi sana boleh tahan juga harganya
17. Jubah seluar - 3 helai 
18. Kain ihram - 2 helai
19. Bekas makanan senang nak tapau makanan untuk anak-anak
20. Jubah - 3 helai
21. Telekung - 2 helai
22. Plastik dobi untuk baju kotor dan plastik biasa untuk letak kasut semasa solat (supaya kasut tidak hilang)
23. Buku panduan umrah - banyak sangat kegunaannya nanti
24. Kain basahan - 1 helai
25. Standby satu beg sederhana yang kosong (manalah tahu terbeli hadiah terlebih untuk keluarga dan rakan-rakan)
26. Panty liner or pad
27. Tudung labuh dengan awning di dagu supaya boleh terus solat terutama di airport
28. Wet tissue
29. Pampers, susu anak, botol susu, milo or horlick sachet (senang nak bancuh time anak kecemasan lapar)
30. Permainan tambahan untuk anak supaya tidak boring terutama di airport atau semasa solat di masjid (jika membawa anak kecil)
30. Baju sejuk jika pergi waktu musim sejuk terutama bulan disember waktu kami pergi 6-18 disember suhu di madinah mencecah hingga 14 darjah celcius
31. Suplemen (tak kisah lah suplemen apa yang korang guna, boleh ape shaja brand, saya bawa suplemen shaklee sebab dan serasi dengan keluarga)
32. Dokumen penting seperti passport, buku suntikan juga penting.
Jangan lupa ambil vaksin ye, anak -anak saya pun divaksinkan, ikutlah prosedure supaya urusan kita dipermudahkan.






Suhu waktu ni cecah juga 14 darjah celcius di Madinah


di Mekah suhu lebih kurang macam di Malaysia


Kaabah


Masjidil Haram


Di Jabal Rahmah


Semoga bermanfaat untuk semua

Love...
Aini Amran

About www.suplementsaya.com

Saya Nur Aini Amran. Saya komited membantu anda memperbaiki kesihatan diri dan keluarga

You Might Also Like

0 comments:

Catat Ulasan