Selasa, 3 Oktober 2017

Vita lea iron formula lengkap dengan nutrisi untuk tubuh badan kita: multivitamin dan multimineral

Vita lea Iron Formula

Keistimewaan Shaklee 

Pada tahun 1915, Dr. Forrest C. Shaklee mencipta salah satu multivitamin pertama di A.S. Dari asas inilah terhasilnya Vita-Lea.

Vita-Lea adalah formulasi dicipta khas untuk menyokong keperluan khusus lelaki dan wanita. Setiap hidangan memberikan 28 jenis vitamin penting dan mineral kritikal, termasuk vitamin C, dan Beta Karotena untuk perlindungan antioksidan. Vita-Lea Iron Formula mengandungi 400mcg asid folik, vitamin B yang diperlukan untuk tubuh yang sihat, melalui sistem pengangkutan mikrosalutan berpaten, direka untuk memastikan penyerapan asid folik.

Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan vita lea shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%.

Nutritional Facts 
Ramuan amaun setiap tablet 

Vitamin A (sebagai Beta Karotena) 1250 IU 
Vitamin A (sebagai Vitamin A asetat) 1250 IU 
Vitamin C (sebagai asid askorbik) 60 mg 
Vitamin D3 (sebagai kolekalsiferol) 200 IU 
Vitamin E (sebagai alfa-d tokoferil asid suksinat) 30 IU 
Tiamina (sebagai tiamina mononitrat) 0.75 mg 
Riboflavin 0.85 mg 
Niasin (sebagai niasinamida) 10 mg 
Vitamin B6 (sebagai piridoksin hidroklorida) 1 mg 
Folat (sebagai asid folik) 200 mcg 
Vitamin B12 (sebagai sinokobalamin) 3 mcg 
Biotin (sebagai biotin-d) 150 mcg 
Asid Pantotenik (sebagai kalsium-d pantotenat) 5 mg 
Kalsium (sebagai dikalsium fosfat) 225 mg 
Fosforus (sebagai dikalsium fosfat) 175 mg 
Iodin (sebagai kalium iodida dan rumpai laut) 75 mg 
Magnesium (sebagai magnesium oksida) 100mg 
Zink (sebagai zink glukonat) 7.5 mg 
Selenium (sebagai mineral surih hidrolisat protein) 35 mcg 
Kumprum (sebagai kuprum glukonat) 1 mg 
Mangan (sebagai mangan glukonat) 1 mg 
Kromium (sebagai mineral surih hidrolisat protein) 60 mcg 
Molibdenum (sebagai mineral surih hidrolisat protein) 37.5 mcg 
Nikel (sebagai mineral surih hidrolisat protein) 7.5 mcg 
Tin (sebagai mineral surih hidrolisat protein) 5 mcg 
Vanadium (sebagai mineral surih hidrolisat protein) 10 mcg 
Boron (sebagai mineral surih hidrolisat protein) 0.5 mcg 
Zat Besi (sebagai ferus fumarat) 9 mcg

Manfaat Utama

1. Penambahhan tenaga segera

Pemberi tenaga segera, kecerdasan tubuh dan kekuatan mental, membantu sistem memori dan fokus dalm pembelajaran mahupun kerja seharian

2. Pelengkap nutrisi

Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral panting akibat amalan diet yang tidak seimbang, atau mengamal vegetarian dan anemia

3. Keupayaan sistem produktif

Penting untuk remaja yang sedang membesar

4. Metabolisma

Membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan

5. Elemen penting pada sel badan

Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pertumbuhan, rambut, otot, kuku, kulit,hormon serta menjaga kesihatan tiroid

6. Melindungi organ

Melindungi buah pinggang, jantung dan hati








Info dan order produk
0136288543
Aini
Leader & Founder Fantastic Group
Konsultasi percuma
COD Negeri Sembilan

Ingin daftar ahli dan dapatkan penjimatan berganda? wassap segera 0136288543
Ingin menjadi pengedar shaklee kawasan anda? saya bantu anda!! wassap segera
Ingin mencari pendapatan lebih? wassap segera



Vitamin bukan ubat yang boleh menyembuhkan penyakit, ia sekadar ikhtiar untuk anda, cegah sebelum parah, dapatkan nasihat doktor untuk maklumat lanjut.


Read More

Isnin, 2 Oktober 2017

Memberi tenaga berterusan, awet muda dan kulit berseri seperti remaja

Memberikan tenaga berterusan, berasaskan protein tumbuhan

Protein adalah seperti blok yang membina tubuh anda, seperti batu bata yang membina rumah anda. Ia memainkan peranan penting bagi setiap fungsi tubuh untuk pertumbuhan and perkembangan. Shaklee ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder adalah makanan lazat yang kaya dengan kalsium dan protein.

Kuasa Protein untuk Tenaga Lebih Lama

Kebanyakan orang tidak dapat mengekalkan tenaga atau stamina mereka sepanjang menjalani kehidupan seharian. Tingkatkan tenaga harian anda dengan minuman protein kami yang mempertingkatkan TENAGA-stamina anda. Protein soya berasaskan tumbuhan untuk tenaga yang lebih lama.

Keistimewaan Shaklee

a) Shaklee menggunakan protein soya yang tidak-diubahsuai secara genetik (Bukan-GMO) di bawah Program Pengekalan Identiti (IPP)
b) Setiap hidangan membekalkan 14 gram protein berasaskan tumbuhan. Protein soya membantu menurunkan paras kolesterol.
c) Mempunyai skor PDCAAS (Protein Digestibility Corrected Amino Acid Score) 1.0 - penarafan yang tertinggi dan bersamaan dengan skor yang diberikan pada protein haiwan.
d) Membekalkan 9 asid amino.
e) Tinggi dengan kalsium yang membantu perkembangan tulang dan gigi yang kuat.

Manfaat utama 

1. Awet muda: Asid Amino penting untuk membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, Pengambilan ESP Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan awet muda serta memastikan kita sentiasa bertenaga. 

2. Baik untuk hormon: Kacang soya adalah tumbuhan yang kaya dengan isoflavones yang fungsinya sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam merendahkan paras kolesterol dan mengurangkan risko osteoporosis dan penyakit jantung.

3. Baik untuk prostat lelaki: Genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk mengekang pertumbuhan dan sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi  menjadi sel-sel kanser. Ia juga baik untuk pemulihan  rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.

4. Kulit berseri dan anjal: Merangsang pembentukan kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka dan mengurangkan kesan  parut.

5. Pembekal tenaga: Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan dan ketakutan.

6. Membaiki pigmentasi: Membaiki masalah rambut seperti uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi dan kedutan.

7. Memperbaiki Memori: Meningkatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.



Indeks Glisemik (GI) menunjukkan kesan makanan ke atas gula darah. Karbohidrat yang terurai dengan cepat menyebabkan paras gula darah anda naik mendadak dan kemudiannya menurun dengan pantas, menjadikan anda letih, mudah rasa terganggu dan lapar. Makanan Protein Soya Segera juga mempunyai tindak balas “turun-naik” manakala untuk Makanan protein soya segera dengan indeks glisemik rendah, paras gula darah kekal stabil,membantu mengekalkan tenaga, mengekalkan rasa kenyang yang lebih lama dan bermanfaat untuk mengurangkan berat dan mengekalkan kesihatan jangka panjang.


Info dan order produk
0136288543
Aini
Leader & Founder Fantastic Group
Konsultasi percuma
COD Negeri Sembilan

Ingin daftar ahli dan dapatkan penjimatan berganda? wassap segera 0136288543
Ingin menjadi pengedar shaklee kawasan anda? saya bantu anda!! wassap segera
Ingin mencari pendapatan lebih? wassap segera



Vitamin bukan ubat yang boleh menyembuhkan penyakit, ia sekadar ikhtiar untuk anda, cegah sebelum parah, dapatkan nasihat doktor untuk maklumat lanjut.


Read More

Ahad, 24 September 2017

Part 1: Barang keperluan, larangan, keselamatan, kesihatan dan tips tips penting untuk umrah dan ziarah di mekah madinah

Sedikit perkongsian daripada saya, untuk mereka yang ingin ke umrah dan ziarah ke tanah suci, maklumat ini saya dapat semasa saya menghadiri kursus umrah di Seremban.

1. Barang keperluan

a. Beg tangan (hand luggage)
b. Beg besar (checked in luggage)
c. Beg kecil 


2. Alatan ibadah

Alatan ibadah di simpan di dalam beg kecil, di bawa ke mana sahaja semasa di masjid, ziarah dan lain-lain - untuk menyimpan al-Quran kecil, al-Mathurat, tasbih, buku panduan ibadat umrah 

3. Pakaian

Sama atidur da di cuci sendiri atau mengambil perkhidmatan dobi apabila sampai di sana, tetapi tidak digalakkan jemaah mencuci pakaian sendiri, masa yang ada digunakan untuk berehat secukupnya untuk mengumpul tenaga semasa beribadat.

4. Barang larangan

Gunting diisi dalam beg besar kargo, semua barangan cecair dan jenis liquid seperti ubat gigi, pewangi, minyak rambut, losyen tidak dibenarkan masuk ke dalam beg tangan (hand luggage) ke dalam kapal terbang melainkan dalam kuantiti yang sedikit atau kurang dari 100 ml

5. Kesihatan 

a) Minum air banyak-banyak (sekurang-kurangnya 2 liter air sehari)
b) Elakkan guna sabun mandi terlalu kerap (akan menyebabkan kulit kering dan gatal, gunakan krim yang selamat seperti herbal blend krim)
c) Elakkan mandi terlalu kerap
d) Gunakan krim bibir dan losyen badan
e) Jika batuk elakkan minum ais, jus oren, anggur dan tembikai
f) Maklumkan kepada petugas jika tidak sihat
g) Kurangkan beli makanan di luar kerana mungkin kebersihannya tidak terjamin dan boleh menyebabkan cirit birit
h) Rehat dan tidur secukupnya
i) Gunakan penutup mulut dan hidung

6. Tips penting

- Banyakkan bersabar
- Sentiasa berlapang dada dan memohon maaf jika membuat kesalahan pada jemaah lain
- Sentiasa mengemas kini ilmu yang ada
- Sentiasa bertanya jika tidak pasti sesuatu perkara
- Keluar awal ke masjid
- Buat ibadat berdasarkan imlu bukan sekadar ikut ikutan
- Banyakkan bersedekah sebelum ke tanah suci
- Jangan menghalang atau duduk di laluan pejalan kaki seperti pintu, kawasan larangan dan tangga
- Mengikut tentatif yang disediakan semasa disana supaya perjalanan umrah ziarah lancar


7. Peringatan

- Tidak perlu bawa kad pengenalan
- Tidak perlu bawa lesen memandu
- Tidak perlu bawa barang kemas
- Tidak perlu bawa lain-lain dokumen penting
- Anda digalakkan untuk sentiasa berkomunikasi dengan:

1. Ketua jemaah
2. Ustaz atau ustazah pembimbing
3. Petugas agen umrah
4. Petugas hotel

Cukup setakat ini sahaja, saya akan kongsikan lagi pengalaman dan sebagainya di lain entry










Read More

Selasa, 12 September 2017

Berkongsi dekorasi barangan ikea yang murah dan jimat ruang, im ikea lover!

Berkongsi idea dekorasi barangan ikea

Kebanyakkan barangan ikea di rumah saya harganya di bawah RM100, yang penting pandai dan ada idea nak deco-deco.














Read More

Jumaat, 8 September 2017

Trip Island Hopping: tiga pulau iaitu pulau hujung, tengah dan besar yang mesti dikunjungi, dirasai dan dilawati bersama keluarga di Mersing

Assalamualaikum.

Bulan Ogos yang lalu saya dan suami telah memilih satu tarikh iaitu 31 Ogos 2017 untuk berehat, travel, di samping memenuhi permintaan aktiviti anak-anak sempena cuti sekolah. Kami telah memilih Mersing sebagai destinasi adventure kami bersama tiga orang power girls yang disayangi! 

Kali ini saya dan suami memilih pulau, nak bagi anak lasak sikit berpanas, berenang dan merasai gelombang ombak boat! Kami ni memang suka explore, travel yang penting berjalan, kalau cuti sekolah terperap di rumah, memang semua mati kutu, jka tak kemana, sampaikan anak-anak akan cakap "ibu kita duduk rumah je ke cuti sekolah", maybe sebab dah terbiasa, ibu dengan ayah jenis tak boleh duduk diam berjalan ke sana ke sini. Sampai dah berjangkit sekali dengan gegirl dua orang ni. 

Disebabkan trip kami agak rushing, jadi semua resort terutama di Pulau Rawa Penuh! Maklumlah cuti sekolah. Ko lambat tak merasa lah kau kan! Akhirnya kami telah pilih untuk pergi day trip sahaja. So korang jangan risau day trip ni tidaklah sampai ribu riban ye.

Saya share sedikit tentang Pulau Rawa, pulau ni private Island so jika korang tak booking stay kat situ memang korang tak boleh masuk Pulau Rawa ni. Private kan. Resort di Pulau Rawa ni ada dua resort: Alang dan Safaris. Dengar dengar Alang rawa ni agak mahal juga, harga satu kepala lebih kurang RM800 pakej, tapi pakej nya agak berbaloi, resort pun cantik puas hati. Yang Safaris tu pakejnya agak murah sedikit. Ikut lah budget korang, korang boleh search kat google. Nah..nanti click hokey..
http://www.rawaislandresort.com/

Actually ade lagi resort lain yang korang boleh tempah contohnya di pulau tengah dan pulau besar.
Jadi day trip yang kami pilih tu agak best sebab kami tempat boat dengan pakej makan serta snorkeling RM1200 sahaja

Apa yang dapat dalam RM1200 ni?

1. Boat korang yang conquer (saya memang malas nak share boat dengan penumpang lain)hihi
2. Disediakan makanan sarapan dan lunch (makanan boleh tahan sedap! tengah lapar kan)
3. Dapat snorkeling dekat tiga pulau ( Pulau hujung, tengah dan besar)
4. Alatan snorkeling dan life jacket disediakan
5. Perjalanan pergi dan balik. (satu boat tu boleh muat 12 orang lebih kurang lah termasuk crew boat)
So boleh lah pergi ramai-ramai dengan family dan adik beradik sekali.

BERBALOI KAN?

Paling best kat pulau ni adalah snorkeling! Memang cantik sangat batu karang, ikan-ikan berwarna warni subhanallah, susah nak digambarkan pengalaman snorkeling ni! jika korang bertuah boleh lah tengok ikan Nemo. Waktu saya pergi tak ada rezeki tengok nemo dapat tengok ikan dory pun dah berbaloi sangat.

Jika korang memang suka snorkeling, elok sangat korang beli set snorkeling yang basic khas untuk korang, sebab walaupun diorang sediakan alat snorkeling, maybe ada yang geli nak guna alat diorang ni sebab bercampur-campur dengan orang lain yang dah guna sebelum ini.

Tips snorkeling:

1. Beli set snorkeling simpanan sendiri
2. Snorkeling waktu pagi paling cantik
3. Sapu sun block jangn lupa ini wajib!
4. Pakai life jacket
5. Guna pakaian yang sesuai
6. Bawak roti (untuk ikan) dan bekalan makanan seperti coklat ke, air mineral, buah dan lain-lain
7. Bawak kamera (kalis air)

So... saya belanja gambar sepanjang day trip di Island Hopping ala-ala maldives! Tioman pun tak cantik macam ni tau..



Pulau Besar


Pulau Hujung


Pulau Hujung


Pulau Hujung


Pulau Tengah


Pulau Hujung


Pulau Tengah


Pulau Tengah


Pulau Hujung


ni bot kami!


Pulau Hujung


tu dia anak ikan berenang renang tepi badan je!


Baby adzkia berehat kat pulau besar


Uzma, Ready GO!


cantik kan!


pulau tengah, batu karang tu !


Pulau besar


jeti Mersing


ni pulau rawa private xleh nak terjah


ready untuk snorkeling


dalam woihh!


uzma memang berani dia nak snorkeling


Rupa nya ada lagi pulau best di Mersing. Pulau Aur, dayang dan tinggi! ok next trip kami, nantikan!


Korang tengok peta pulau-pulau di  mersing

Setakat ini sehaja, selamat menghadam dan selamat bercuti!




Read More